MIM bermula dengan penganjuran kelas pengajian di Pekan Parit Bakar, Muar sekitar tahun 2010 hingga 2011. MIM Segamat kemudiannya telah dibangunkan di Kampung Tasek Alai, Segamat bermula dengan pembangunan sebuah surau dan lapan unit pondok warga emas. MIM Segamat telah memulakan operasinya pada 17 September 2011 dan kini telah mempunyai sekitar 100 orang penghuni. Hubungi kami untuk permohonan kemasukkan.
MIM Nilai telah dibangunkan sejak tahun 2018 di tepi Hutan Simpan Galla dan Jeram Sungai Mahang. Ia menawarkan ketenangan alam semula jadi yang menyegarkan — ideal bagi ibu ayah yang menghargai keharmonian jauh dari kesibukan bandar, namun masih boleh diakses dengan mudah dari ibu kota. Hubungi kami untuk permohonan kemasukkan.
Pondokcation memberi peluang kepada ibu ayah untuk menikmati pengalaman duduk pondok bagi tempoh jangka masa pendek. Ibu ayah akan menginap seperti menginap di hotel atau homestay minima tempoh satu malam dengan tujuan untuk mengikuti program di MIM. Hubungi kami untuk tempahan Pondokcation sama ada di MIM Nilai atau MIM Segamat.
MIM Cottage bakal dibina sebagai sebuah perkampungan persaraan dengan konsep cottage dalam taman yang elegan dan mendamaikan. Cottage ini akan menekankan ciri-ciri universal design yang mesra warga emas. Tempahan pembelian cottage telah dibuka. Hubungi kami bagi mendapatkan info lanjut.
Dengan pengalaman 15 tahun MIM membangun dan menguruskan Pondok Warga Emas, MIM kini dalam perancangan mengembangkan lagi perkhidmatannya dengan membangunkan perkampungan persaraan yang akan dikenali sebagai MIM Cottage.
Elemen ini bukan sahaja memberikan ketenangan rohani dan emosi, tetapi juga menyokong gaya hidup sihat, interaksi sosial, dan rasa kebersamaan dalam suasana alami yang mendamaikan jiwa.
MIM menawarkan silibus khas yang telah dirangka sendiri berdasarkan prinsip geragogi, iaitu pendekatan pendidikan yang mesra warga emas.
Ayah bonda tidak lagi perlu risau dengan isu keselamatan dan penyelenggaraan rumah. Ayah bonda boleh fokus kepada ibadah, kelas agama, berukhwah dengan rakan-rakan seusia. Yang pasti hubungan dengan anak cucu juga tidak terabai kerana lokasi yang dekat untuk diziarahi.